"Kalau perempuan tidak boleh atau pandai memasak, di akan di kutuk dan di suruh belajar. Kalau lelaki tidak boleh menjadi imam, kita kata okey saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati."
"Apalah perempuan, tak pandai masak sapa nak kawin dengan awak?" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya si lelaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak di utamakan." Begitu jawab si gadisyang membuatkan lelaki tadi menggeleng-gelengkan kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tau memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi Imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna-pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi dari suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi Imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tak tahu memasak di suruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah di tetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai menjadi Imam, belajarlah. Mula-mula menjadi Imam kepada keluarga sendiri, sudah handal boleh mengimamkan satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu boleh ke menjadi Imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga, berapa kerat lelaki yang menjadi Imam sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi Imam sebab bimbang bacaan Al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid ataupun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga yang menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi Imam.
Isu ini patutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki pula harus boleh menjadi Imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyang atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah dari sekarang. Jika wanita di suruh belajar, apa salahnya lelaki.
hasil nukilan
:: fwd email ::
p/s topik ini menarik dan ada kebenaran nya
:: fwd email ::
p/s topik ini menarik dan ada kebenaran nya
No comments:
Post a Comment