rumahtangga.
Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka
Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri
akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera
dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan
Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya
supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.
Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan
menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera
isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili
api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng.
Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan
yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur
kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak
mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah
segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian
itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan
tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau
terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit
sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat
menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan
kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak
segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah
minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita
hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih
dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya.
Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri
sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami
dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya
meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya
setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya
tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para
isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika
suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam
keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda
gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara
suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia
minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah
minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan
di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau
boleh sediakan kuih-kuih ringan. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Disinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.
hasil nukilan
:: Blog Gerbang Keluarga ::
No comments:
Post a Comment