Kini hari-hari yang di lalui semakin berseri.... ;-) Dulu masa seorang, pi keje balik keje. Kekadang balik keje menyimpang gaks ke umah kawan... kalo tak pun p ngeteh kat sapiah tmn u. Tu pun kekadang jer la, dalam kiraan sepuluh hari maybe dua atau tiga hari jer la. Yang selalunya masih kat opis lagi dalam kol 5.30 pm - 6.30 pm ni still kat opis lagi la.Bila da berdua ni, perubahan tak banyak lebih kurang gaks :-D 5.15 pm masih kat opis lagi siapkan keje yang tak pernah habis. Paling cepat pun kol 5.30 pm baru kuar opis, paling lewat entah ler tak ingat coz masa tu pala letih berfikir da tak ingat apa lagi da.. juz ingat nak balik mandi, buat apa yang patut dan terus baring jer la :-)
Tapi sekarang ni len... lebih-lebih lagi bila pi keje sorang ni... datang keje waktu ngam-ngam kol 8 am. Tang balik plak sharp kol 5 pm da punch card :-D ibarat tunggu di garisan penamat hehehehe pala da tak ingat apa lagi da, hanya ingat buah hati yg ada kat umah tu je.... len rasa nyer sekarang ni, tanggungjawab semakin bertambah. Semangat nak tambah sumber rezeki keluarga meruap-ruap. Mana tak nyer, harga barang semakin naik dari hari ke hari, yang minyak plak menunda dari belakang pakat naik skali. Mahu terduduk di buat nyer bagi yang bergaji kecil ni.
Bila da macam ni terfikir pulak macamana masa ibubapa aku membesarkan aku dulu. Ayah yang bekerja sebagai anggota polis, ibu pula surirumah sepenuh masa. Dengan gaji yang tak seberapa, mampu membesarkan aku lima beradik. Bermacam rintangan yang mereka lalui, kami 5 beradik pernah membantu ibu berniaga sagu kelapa, aiskrim malaysia, kerepek pisang dan kerepek ubi, serta memacam lagi la dari sekolah hingga la ke umah-umah. Apa sahaja kami lakukan janji ada rezeki.
Ketika aku berusia belasan tahun, hujung minggu aku akan ke kuala lukut bersama 4 orang kawan kamcing. Dengan membawa beg sandang berbekal kan air kosong botol besar dan beberapa beg plastik besar berbasikal dari pekan lukut ke kuala lukut. Setiba je di 'port' aku akan meletakkan basikal berhimpit-himpit antara satu sama lain dan kemudian menguncinya. Bimbang kalo-kalo di pinjam org sampai tak pulang-pulang ;-) Pastu apa lagi, turun le ke paya bakau tuk mencari siput sedut hehehehe tang ni plak tak yah nak citer pengalaman. Memacam ada sampaikan berkali aku jumpa ulau bakau. Syukur alhamdulillah aku masih bernafas hingga hari ini.
Bila da penuh beg sandang yang di bawa di tambah dengan 'stok' di palang basikal, kami pun pulang ke rumah dengan hasil yang di bawa :-D Masa dulu selain mencari siput sedut, memacam projek yang kami ada contohnya memancing ikan talapia merah kat bekas lombong di kuala lukut, mencari pucuk paku kat kg sri parit, mencari pucuk cemperai kat lereng kota lukut dan macam-macam lagi ler untuk memenuhi masa hujung minggu kami.
Tapi kini giliran aku untuk lalui seperti apa yang mereka lalui dulu berusaha apa sahaja demi mencari rezeki untuk keluarga. Hati kene tabah dan terus tabah. Bak kata orang tua-tua, 'jika tidak di pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'. Apalagi sagu aku ada ni... beli jer...jgn tengok jer... hehehehhee ini ler kata-kata yang aku selalu gunakan bila pesanan diaorg aku da sediakan. Seronok gaks bila terkenang masa zaman kanak-kanak dulu. Sungguh manis untuk di lupakan ;-)
p/s terima kasih ayah, terima kasih ibu kerana mendidik dan membesarkan an. An tak byk bercakap atau bercerita apa lagi berkongsi masalah seperti yang lain. Terlalu sukar tuk an luahkan dengan kata-kata. Tapi di dalam hati kecil ini, an bersyukur kerana menjadi anak ibu dan ayah.
No comments:
Post a Comment