Monday, January 7, 2008

Cahaya Mata Kami






Wajah candid Aina Yasmine dengan pelbagai memek muka ketika berusia 2 minggu. Pada usia seawal ini, dengan bukaan mata sebulat dan sebeso ini, siapa sangka dia baru berusia 2 minggu :) .... subhanallah.... begitu besarnya kekuasaan Mu ya Allah.

Nama penuh baby, Aina Yasmine Bt Anas. Di lahirkan di Hospital Sultanah Aminah pada 03 hb Mei 2006 tepat jam 09:16 pagi. Dengan berat 2.9 kg, mula melihat dunia yg penuh dengan cabaran dan dugaan.

Ketika mama bertarung dengan kesakitan untuk melahirkan, bermacam perasaan bermain di sanubari ini....rasa risau ada, suka ada, gelisah ada, cemas ada, sebak ada, iye tak ye pun ada... semua bercampur gaul dalam satu tangki perasaan ni.

Mlm sebelum tu, 02 hb Mei 2006, kene keje mlm (masuk kol 12 mlm hingga 08 pagi), seperti biasa... bila kene keje mlm, wife akan di hantar ke umah mak. Bukan nyer apa, perjalanan dari rumah mak mertua ke HSA tak jauh sekitar 15 - 20 min jer... tapi kalo da nak jadi cerita... masa yang panjang pun bleh jadi singkat kan... :-D ...

Semasa waktu keje, rasa macam ada yang tak kene jer...rasa cam tak sedap hati jer... call gaks mlm tu... juz tanya khabar & wish selamat mlm tuk ma & baby ;-) pastu buat keje cam biasa. Dalam kol ++ 3 pagi, da tak bleh nak buat keje. Kepala asyik ingat kat umah jer... macam mana mama... macamana baby.... makin lama makin tak sedap hati di buat nyer... jiwa ni rasa meronta-ronta tuk balik awal...

Kebetulan plak security yang bertugas pada mlm tu memang ngam gilos..... berbual ler ngan dia... coz mata dia bulat lagi. Tu pun tak lama.... rasa nyer tak sampai pun 15 minit. Turun sat tgk alat dan uruskan mana yang patut sebelum tinggalkan untuk member, tu pun da makan masa lebih 30 minit. Naik jer kat lobby, ghupa nyer pak guard da tersandar ;-) gerak dia tuk kunci balik pintu utama.

Setiba di umah sekitar jam ++ 5 pagi, wife britau dia tak bleh tido. Awal nyer ingatkan seperti biasa jer, maklum ler baby aktif bergerak & mengeras. Lepas jer lap badan dan basuh muka... baring ler sat sambil berbual sementara mata tak ngantuk lagi dan tunggu azan subuh. Lepas solat, baring-baring sat... hampir terlena plak mata ni. Tetiba terjaga bila wife britau yang ketuban da pecah. Tergezut juga di buat nyer... apa lagi basuh muka terus pakai baju.

Start kete terus gerak ke hospital. Setiba di HSA dlm kol ++7 pagi, terus naik ke dewan bersalin. Risau sungguh di buat nyer maklum ler pengalaman pertama, sapa yang tak cemas. Sib baik ler 2 minggu sebelum tu kami hadir ke prenatal class di hospital pakar putri, ada gaks ler ilmu yang dapat di gunakan dalam waktu kecemasan ni. Di ruang legar dewan bersalin, memacam juga la senaman yang sempat di lakukan untuk meredakan kelegaan a.k.a kesakitan :-) akhirnya masuk ke dalam. Kita yang kat luar ni bertambah risau ler... nak masuk tak di panggil. Tak lama tu aku di panggil, ingatkan da bleh masuk... hehehe tak sabau plak bunyi nyer :-D rerupanya di suruh tuk daftar masuk wad. Lagi ler aku risau coz berjauhan walaupun tuk seketika.

Aku berlari ke blok sebelah tuk daftar masuk wad, sib baik org tak ramai. 10 min je da siap, apa lagi sambung le berlari tuk naik ke dewan bersalin. Serah le kat akak yg jaga kuanter pagi tu... tunggu lagi. Lama plak tu, tunggu punya tunggu akhirnya di panggil juga akhirnya. Bial di panggil berderau gak ler tapi tak sekencang awal-awal tadi. sampai je kat kuanter, ish ish ish...rupanya akak tu suruh ambil selipar jepun yg wife aku pakai pagi tu tuk di simpan. Kita da risau ni, yang akak tu bleh buat muka slamber jer... hualah.

Serba tak kene ni kat ruang legar... duduk da... berdiri da... berjalan da... jenguk luar da.... yang belum baring kat lantai ruang legar tu jer. Akhirnya aku di panggil masuk selepas meminta izin tuk menemani. Apa lagi, aku masuk sambil mencari no bilik yang di berikan sebentar tadi. Setiba jer di depan bilik, wife aku da stanby tuk deliver. Dap dup...dap dup... degupan jantung ni. Masuk je dlm bilik bersalin dengan bismillah dan tawakal pada Allah swt, aku menemani wife aku di sisi. Memula di suruh sebelah kanan... pastu di suruh plak sebelah kiri, maklum ler byk plak tiang & equipments kat dlm tu. Tak kisah ler asalkan aku di sisi wife aku memberi semangat.

Lama gaks ler tarik nafas, tahan nafas, teran.... tarik nafas, tahan nafas, teran. Entah bila plak nak lepas nafas, aku pun da tak ingat. Lebih kurang 2 jam gaks ler kami di dalam bilik bersalin. Akhirnya baby kami selamat di lahirkan secara normal. Subhanallah.... Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan selamat hingga ke akhirnya :-)

Aku melihat baby di bilik persediaan, tetiba rasa pilu menyelubungi diri aku ni. Menitis gaks ler air mata ni kerana terlalu gembira, sib baik ler tak berjurai atau sebak ... ish ish ish buat malu jer... :-)) walau apapun keadaan macho tetap juga kene control hahahha

Aku azan & qamadkan baby yang comel ni... rasa diri ini terlalu kerdil. Sungguh besar kekuasaanMu ya ALLAH, dari segumpal darah sebanyak 15ml akhirnya menjadi seorang baby. Aku bersyukur padaMu kerana mengurniakan kami baby yang sihat dan sempurna segalanya.

Kenangan ini terlalu manis untuk di persia-sia kan. Papa dan mama amat menyayangi mu nak, kami akan berusaha sedaya upaya kami untuk memberi hanya yang terbaik buat mu, aina yasmine.



Ya Allah Ya Tuhanku
kau berkatilah anak kecil ini
AINA YASMINE BT ANAS
kau kurniakanlah kesihatan yang baik dan di panjangkanlah umurnya
kau tambahkanlah ilmu dan perluaskanlah kefahamannya
kau lapangkanlah dada dan permudahkanlah segala urusannya
dan berkatilah akan kami
ANAS BIN MAULUD ISHAK
dan ZARANI BT MAT TAHER
kau kurniakanlah rezeki yang halal dan perluaskanlah pintu rezeki kami
kau perluaskanlah pintu kerjaya kami... Ya Allah
kau bersihkanlah hati kami dari sifat-sifat yang terkeji
sifat takabbur, riak, hojoh, hasad dengki, dendam, kianat, dan iri hati
yang mana menjauhkan kami dari rahmat mu
kau bahagiakan kami Ya ALLAH
kau bahagiakanlah kami di dunia dan akhirat

... AMIN ...




No comments: